Operasi Kren Bergerak Tahap 2 (CMW2)

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
  • Berumur 21–35 tahun bagi Program Belia
  • Berumur 21–55 tahun bagi Program Personel Binaan
  • Memiliki Lesen Memandu Kelas ‘D’
  • Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

Kelayakan dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir dan layak berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). JKKP berhak untuk menentukan syarat pendaftaran mengikut kesesuaian.

Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Pengenalan kepada kren
  • Alat bantu angkat
  • Isyarat dan komunikasi
  • Pemeriksaan sebelum dan selepas operasi kren
  • Langkah-langkah slinging
  • Pentafsiran carta beban
  • Pengiraan berat beban
  • Syarat perundangan berhubung operasi kren

 

Tempoh

  • Program Personel Binaan: 5 hari
  • Program Belia: 2 bulan

 

Lokasi Kursus

  • ABM Wilayah Utara
  • ABM Wilayah Tengah
  • ABM Wilayah Selatan
  • ABM Wilayah Timur
  • ABM Wilayah Sabah
  • ABM Wilayah Sarawak